BANGKOK: Rakyat Thailand mula mengundi hari ini (Ahad) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang menyaksikan pertempuran sengit dan dijangka boleh mencetuskan pertukaran kerajaan buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad.
Kira-kira 52 juta pengundi, termasuk 3.3 juta pengundi kali pertama berumur 18 hingga 22 tahun, mengundi di 94,775 pusat mengundi di seluruh negara.
Rakyat mula beratur seawal pagi sebelum pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi (waktu tempatan) selepas kempen selama berbulan-bulan berakhir. Pengundian ditutup 5 petang pada hari yang sama.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, calon perdana menteri di bawah tiket parti United Thai Nation (UTN) antara yang paling awal mengundi di pusat mengundi di Bangkok, kira-kira 9.10 pagi (waktu tempatan).
"Saya gembira dapat menunaikan hak saya. Saya harap pengundi yang layak akan keluar mengundi hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengundi .
Prayuth, 69, dilihat berdepan cabaran getir untuk mempertahankan kedudukan, memandangkan parti pembangkang termasuk Parti Pheu Thai dan Parti Move Forward kini menjadi pilihan, berdasarkan tinjauan pendapat.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, termasuk pilihan raya yang menjadi pertikaian hangat pada 2019, bantahan besar-besaran pada 2020 dan empat undi tidak percaya di parlimen, Prayuth - yang berkuasa dalam rampasan kuasa 2014 - tetap berjaya mengekalkan jawatannya.
Hari ini, pengundi akan memilih 500 wakil rakyat baharu untuk tempoh empat tahun akan datang.
Terdapat 400 kerusi untuk calon kawasan pilihan raya dan 100 kerusi parti diperuntukkan secara perwakilan berkadar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak mengundi hari ini.
SPR menjangkakan untuk mengeluarkan 95 peratus keputusan tidak rasmi menjelang 11 malam.
Pilihan raya kali ini adalah yang pertama diadakan sejak protes besar-besaran yang diketuai oleh belia pada 2020 dan yang kedua sejak rampasan kuasa tentera pada 2014, menyaksikan penyingkiran kerajaan yang dipilih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Rakyat mula beratur seawal pagi sebelum pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi selepas kempen selama berbulan-bulan berakhir. - Gambar/ AP
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Politik Thailand terus buntu, pengundian lantik PM sekali lagi tertangguh
Pengundian untuk memilih perdana menteri baharu Thailand sekali lagi ditangguhkan.
Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu
Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
PRU Thailand: Calon muda, cantik jadi 'giant killer' di Bangkok
CALON muda Parti Move Foward (MFP), Rukchanok Srinork muncul 'giant killer' di kawasan pilihan raya daerah Bang Bon di Bangkok.
PRU Thailand: Rakyat mula mengundi hari ini
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand.
PRU Thailand: Calon parti Move Forward Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan bertanding
Perlembagaan negara melarang pemegang saham syarikat media bertanding dalam pilihan raya.
Rakyat Thailand pulang mengundi perlu ikut laluan sah
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya individu tertangkap mereka akan hilang hak untuk mengundi pada pilihan raya itu nanti.
PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka untuk tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
PRU Thailand: 2.15 juta daftar undi awal
Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.
Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.